Download Download Terms PDF

SYARAT-SYARAT AM 27 September 2006

Syarat-syarat Am dan Syarat-syarat Khusus yang berikut, yang selepas ini sama-sama disebut "Syarat-syarat Am dan Khusus", membentuk suatu perjanjian undang-undang dan dipakai terhadap kandungan dan Perkhidmatan yang disediakan melalui Perkhidmatan Mesej Singkat (selepas ini disebut "perkhidmatan SMS") serta perkhidmatan yang disediakan melalui internet, tapak web atau tapak wap ini ("Tapak-tapak") dan/atau melalui bentuk penghantaran kandungan bergerak yang lain oleh Pembekal atau rakan-rakan sekutunya (selepas ini disebut "Pembekal", "kami"), melainkan dipersetujui selainnya secara bertulis. SILA LIHAT SYARAT-SYARAT KHUSUS YANG DIPAKAI DI NEGARA ANDA DI SINI. Penggunaan perkhidmatan SMS dan internet (termasuk penggunaan Tapak-tapak) kedua-duanya secara terkumpul disebut “Perkhidmatan”. Pembekal dibenarkan untuk meminda Syarat-syarat Am dan Khusus ini pada bila-bila masa. Oleh itu, selalulah baca halaman-halaman ini. Dalam menggunakan kandungan dan Perkhidmatan tertentu, selain Syarat-syarat Am dan Khusus, apa-apa peraturan permainan, peraturan peraduan, syarat promosi jualan, garis panduan atau peruntukan yang dipakai terhadap kandungan dan Perkhidmatan ini dan diberitahu terlebih dahulu juga dipakai (selepas ini disebut "Peruntukan Tambahan"). Peruntukan Tambahan dianggap sebagai terangkum di sini dan adalah bahagian penting Syarat-syarat Am ini. Seandainya terdapat perbezaan antara Syarat-syarat Am ini dengan Peruntukan Tambahan, Peruntukan Tambahan akan mengatasi. Syarat-syarat Am ini juga menggabungkan dan merangkumi Dasar Privasi dan Dasar Hak Cipta Pembekal. Syarat-syarat Am dan Khusus dan Peruntukan Tambahan merupakan terjemahan Dokumen Asal (bahasa Inggeris) kepada bahasa kebangsaan anda. Seandainya terdapat perbezaan antara dokumen yang telah diterjemahkan dengan Dokumen Asal dan dalam keadaan apa-apa pertikaian, Dokumen Asal akan mengatasi. Sila lihat Dokumen Asal di Tapak-tapak. Dalam mesej alu-aluan percuma daripada Pembekal, anda akan menemui URL (Uniform Resource Locator) Tapak-tapak yang menyiarkan Syarat-syarat Am dan Khusus. Anda dan/atau pembayar bil mengaku bahawa mereka telah diberi peluang untuk membaca dan menerima Syarat-syarat Am dan Khusus sebelum menggunakan Perkhidmatan. PENERIMAAN KANDUNGAN DAN PERKHIDMATAN SMS DAN PENGGUNAAN TAPAK-TAPAK MENANDAKAN PENERIMAAN SYARAT-SYARAT AM DAN KHUSUS INI, DASAR HAK CIPTA DAN DASAR PRIVASI. Jika anda tidak bersetuju, jangan gunakan kandungan dan Perkhidmatan tersebut.

1. PERIHAL PEMBEKAL

Melalui Perkhidmatan, Pembekal memberi penggunanya akses kepada rangkaian aplikasi dalam talian dan wayarles, termasuk tetapi tidak terhad kepada berita atau maklumat, e-mel, perkhidmatan sembang, lawak jenaka, horoskop, permainan, nada dering, latar skrin, bunyi-bunyi riang, nada benar dan video. Perkhidmatan ini juga mungkin merangkumi akses kepada kandungan dan Perkhidmatan pihak ketiga yang bebas. Syarat-syarat Am dan Khusus dan Peruntukan Tambahan juga dipakai terhadap apa-apa perluasan atau peningkatan Perkhidmatan pada masa ini. Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) boleh dipinda pada bila-bila masa secara sementara atau kekal, atau ditamatkan oleh Pembekal. Anda bersetuju bahawa Pembekal tidak bertanggungjawab terhadap pihak ketiga atau anda sebagai pengguna jika Perkhidmatan dipinda, ditamatkan atau digantung.

2. AKSES KEPADA PERKHIDMATAN, KETERSEDIAAN DAN HAD UMUR; TANGGUNGJAWAB ANDA

Untuk menggunakan Perkhidmatan, anda (1) mestilah sekurang-kurangnya mencapai umur yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus dan merupakan pemegang akaun wayarles yang sah dan/atau diizinkan oleh pembayar bil untuk mendaftarkan diri dan menggunakan perkhidmatan ini bagi pihaknya dan (2) bersetuju bagi pihak pembayar bil dan diri anda untuk diikat oleh Syarat-syarat Am dan Khusus ini. Perkhidmatan disediakan "seperti seadanya" dan "seperti yang tersedia" pada waktu penggunaan dan Pembekal tidak menerima apa-apa liabiliti atau memberikan apa-apa jaminan jika tetapan, maklumat atau mesej peribadi tidak disimpan (tepat pada masanya), dihapuskan atau disalah hantar. Untuk menggunakan perkhidmatan SMS, anda mestilah mempunyai alat komunikasi bergerak yang diperlukan. Sesetengah aplikasi wayarles hanya disediakan bagi sejumlah telefon bimbit yang tertentu sahaja. Ini adalah isu pengeluar telefon bimbit, maka isu ini di luar kawalan Pembekal.  Untuk mengelakkan apa-apa kekecewaan, kami meminta anda supaya memeriksa keserasian telefon bimbit anda sebelum melanggan Perkhidmatan, seperti yang disenaraikan di bawah bahagian telefon bimbit yang serasi, dan disebut dalam Jadual "Telefon Bimbit yang Serasi" di Tapak-tapak. Selain itu, ANDA MESTILAH MEMPUNYAI LANGGANAN KOMUNIKASI BERGERAK DENGAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN BERGERAK YANG TURUT SERTA, ATAU JIKA TIDAK, MEMPUNYAI AKSES KEPADA RANGKAIAN KOMUNIKASI BERGERAK YANG DISEDIAKAN PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL, SERTA APA-APA PERKHIDMATAN OLEH PEMBEKAL PERKHIDMATAN BERGERAK YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMUAT TURUN KANDUNGAN, DAN MEMBAYAR APA-APA YURAN PERKHIDMATAN (PEMBEKAL PERKHIDMATAN BERGERAK) YANG BERKAITAN DENGAN MANA-MANA AKSES SEDEMIKIAN. ANDA MESTILAH MEMPUNYAI SAMBUNGAN INTERNET YANG BERFUNGSI DIPASANG PADA TELEFON BIMBIT ANDA (WAP, GPRS). UNTUK MENDAPATKAN ARAHAN, SILA LIHAT TAPAK WEB PEMBEKAL PERKHIDMATAN BERGERAK ANDA. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mempunyai peranti yang diperlukan untuk mendapatkan sambungan tersebut, termasuk telefon bimbit atau komputer peribadi atau apa-apa peranti lain yang mungkin diperlukan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan kelengkapan dan/atau perisian anda tidak mengganggu operasi Pembekal. Apa-apa kelengkapan atau perisian yang menyebabkan gangguan akan serta-merta diputuskan sambungannya daripada Perkhidmatan dan Pembekal berhak untuk serta-merta menamatkan atau menggantung Perkhidmatan. Jika apa-apa penaikan taraf Perkhidmatan memerlukan perubahan kelengkapan atau perisian anda, anda mestilah menjalankan perubahan ini atas belanja anda sendiri. Akses kepada Perkhidmatan boleh disediakan dengan menghantar anda kandungan yang boleh dimuat turun daripada kategori yang anda langgan (misalnya menghantar latar skrin) atau dengan membolehkan anda memuat turun kandungan tersebut (misalnya dengan menghantar pautan wap atau PIN untuk memuat turun kandungan dari Tapak-tapak yang dimaksudkan atau dengan memberikan akses kepada kandungan (misalnya dengan membolehkan MSISDN (mobile station integrated services digital network number) bagi kandungan tersebut). Yuran perlu dibayar sama ada anda sebenarnya memuat turun apa-apa kandungan ataupun tidak; satu-satunya imbalan yuran adalah pemberian hak untuk memuat turun, menerima dan/atau mengakses kandungan (hiburan) bergerak yang boleh dimuat turun.

3. YURAN

Anda mendapat akses percuma kepada Tapak-tapak kami. Bagi perkhidmatan SMS, anda mestilah berdaftar sebagai pemegang akaun, dan caj bagi perkhidmatan SMS akan dibilkan ke bil telefon wayarles anda atau dipotong daripada baki anda. Yuran mesej teks pembekal wayarles yang berasingan akan dikenakan. Dalam mesej alu-aluan percuma daripada Pembekal, anda akan mendapat maklumat tentang yuran yang perlu dibayar kepada Pembekal dan kekerapan Perkhidmatan. Semua yuran, termasuk yuran bagi kontrak langganan yang sedia ada, tertakluk kepada perubahan setelah diberikan notis daripada Pembekal. Pembekal akan memberi anda notis yang berpatutan tentang perubahan seperti itu. Jika anda tidak bersetuju dengan yuran baru tersebut (yang akan dikenakan atas dasar prospektif sahaja), anda boleh membatalkan langganan anda dan/atau akaun anda, berkuat kuasa serta-merta selepas penamatan. Sekiranya terdapat invois daripada pihak ketiga, syarat pembayaran pihak ketiga ini akan dipakai terhadap invois ini. Anda akan membayar atau membayar ganti kepada Pembekal, semua cukai negara dan tempatan, atau cukai lain (tidak termasuk cukai yang berasaskan keuntungan bersih Pembekal), termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai transaksi jualan, cukai harta yang berkaitan dengan penghunian dan cukai ke atas permainan peluang atau apa-apa levi yang dikenakan sebagai menggantikannya, yang didasarkan cukainya pada kos yang dikenakan bagi penggunaan Perkhidmatan, sama ada cukai-cukai tersebut dikenakan sekarang ataupun pada masa akan datang oleh pihak berkuasa antarabangsa, Eropah, kebangsaan atau tempatan, atau oleh mana-mana badan lain yang diberi kuasa untuk mengenakan cukai.

4. TATAKELAKUAN

Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan menurut Tatakelakuan yang berikut:

a. anda akan merahsiakan semua maklumat yang diberikan kepada anda melalui Perkhidmatan dan tidak akan memberikan maklumat itu kepada sesiapa pun tanpa keizinan Pembekal atau orang yang telah memberikannya kepada anda;

b. anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk melakukan apa-apa bentuk gangguan atau kelakuan yang menyakitkan hati, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiaran komunikasi, gambar atau rakaman yang mengandungi kenyataan yang memburuk-burukkan, memfitnah, menghina atau mengeji, atau bahasa atau imej yang bersifat perkauman, pornografi, lucah, atau yang menyakitkan hati;

c. anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk melanggar hak privasi, hak harta, atau apa-apa hak lain Pembekal atau sesiapa sahaja;

d. anda tidak akan menyiarkan mesej, gambar atau rakaman, atau menggunakan Perkhidmatan dengan apa-apa cara yang mencabuli, menjiplak atau melanggar hak Pembekal atau hak mana-mana pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa hak cipta atau hak privasi atau hak peribadi atau proprietari lain, atau menipu atau tidak mengikut undang-undang atau melanggar apa-apa undang-undang dengan cara lain;

e. anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk menganjurkan apa-apa usaha untuk mendapatkan wang, pengiklanan atau usaha untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan;

f. anda tidak akan menyiarkan atau menghantar dengan apa-apa cara pun, apa-apa maklumat perhubungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor telefon, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, tapak web, atau nama penuh melalui maklumat yang disiarkan untuk tatapan awam;

g. anda tidak akan mengeluarkan semula, menyalin, menjual, menjual semula atau menggunakan Perkhidmatan, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya;

h. anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan bagi tujuan perdagangan;

i. anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk menghantar mesej e-mel yang tidak diminta, termasuk tanpa had, pengiklanan perdagangan pukal atau pengumuman bermaklumat ("Spam").  Selain itu, anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk (a) menghantar mesej e-mel yang berlebih-lebihan dan/atau bertujuan untuk mengganggu atau menyakitkan hati orang lain, (b) terus menghantar mesej e-mel kepada Pembekal atau penerima yang telah menyatakan bahawa dia tidak mahu menerimanya lagi, (c) menghantar e-mel dengan maklumat tajuk yang menipu atau mengelirukan, (d) menghantar e-mel yang berunsur jahat, termasuk tanpa had, "mengebom mel", atau (e) menghantar atau menerima mesej e-mel dengan cara yang melanggar dasar penggunaan mana-mana pembekal perkhidmatan internet; dan

j. Pembekal, atas budi bicaranya semata-mata, berhak untuk menamatkan atau menggantung penggunaan Perkhidmatan oleh anda atas apa-apa pelanggaran larangan ini.

5. KEWAJIPAN PENDAFTARAN

Untuk menjamin keselamatan penggunaan Perkhidmatan, serta pembayaran yuran yang dikenakan, anda akan menjamin bahawa pada setiap masa: (a) maklumat peribadi (selepas ini disebut “Maklumat Berdaftar”) yang diberikan dalam borang pendaftaran adalah betul dan lengkap. Jika Pembekal, atas budi bicaranya semata-mata, percaya bahawa Maklumat Berdaftar tidak tepat atau tidak lengkap, Pembekal berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda dan menahan penggunaan Perkhidmatan atau mana-mana komponennya, pada masa ini dan pada masa akan datang. Anda bertanggungjawab untuk merahsiakan apa-apa kata laluan dan/atau akaun yang dikeluarkan kepada anda oleh Pembekal, dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua tindakan yang diambil yang melibatkan penggunaan kata laluan atau akaun anda. Anda hendaklah menutup akaun anda pada akhir setiap sesi (dengan menutup penyemak imbas anda) dan menghubungi Pembekal jika anda mengetahui atau mengesyaki berlakunya penggunaan kata laluan atau akaun anda tanpa kebenaran anda, atau keselamatan atau perlindungan Maklumat Berdaftar tidak lagi terjamin atas apa-apa sebab lain. Pembekal mungkin memberi anda akses kepada beberapa Perkhidmatan walaupun anda tidak mendaftar sebagai pengguna, seperti mendaftarkan diri melalui telefon bimbit anda untuk mendapatkan perkhidmatan SMS. Dalam setiap keadaan seperti ini, pengenalan anda didasarkan pada cara pengenalan yang kami anggap sesuai, seperti nombor telefon bimbit anda. Dalam setiap keadaan, anda akan menerima mesej alu-aluan percuma daripada Pembekal. Kami meminta supaya anda memeriksa dan menyimpan mesej ini di dalam telefon bimbit anda.

6. PERADUAN DAN KETERSEDIAAN HADIAH

Jika hadiah boleh dimenangi sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, anda mestilah berdaftar dengan Pembekal menurut Artikel 5 Syarat-syarat Am untuk menerima hadiah yang dimenangi. Peruntukan Tambahan mungkin dipakai. Anda boleh  menemuinya di Tapak-tapak. Maklumat yang diberikan mestilah sah untuk membolehkan anda menuntut hadiah tersebut. Pemenang akan dipilih secara rawak oleh komputer. Hadiah akan diberikan kepada pengguna yang sudah mencapai umur yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus, tinggal di negara berkenaan dan mempunyai alamat surat-menyurat di negara berkenaan, seperti yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus. Jika berlaku keraguan umur, Pembekal berhak pada bila-bila masa, untuk meminta salinan bukti pengenalan yang sah sebelum menyerahkan hadiah. Hak untuk menerima hadiah akan luput jika kami tidak menerima salinan bukti pengenalan yang sah dalam masa 21 hari, selaras dengan artikel ini. Hadiah wang tunai hanya akan dibayar ke akaun bank di negara anda. Hadiah mungkin tertakluk kepada cukai permainan peluang atau apa-apa levi yang dikenakan sebagai menggantikannya. Penerimaan hadiah oleh pengguna bermakna bahawa pengguna membenarkan Pembekal untuk menggunakan namanya dan apa-apa imej dirinya yang diambil berkaitan dengan majlis penyampaian hadiah, bagi kegiatan promosi Pembekal, tanpa perlu Pembekal membayar yuran kepada pemenang hadiah tersebut. Pembekal tidak boleh menjamin bahawa kandungan dan Perkhidmatan yang diberikan sama dengan imej di Tapak-tapak Pembekal. Hadiah akan disediakan dalam masa enam minggu selepas ia dimenangi. Apa-apa kos, misalnya tetapi tidak terhad kepada, pengangkutan, bank dan kos pengiriman pos ditanggung oleh pihak menerima, kecuali dinyatakan selainnya. Syarikat dan/atau entiti undang-undang dan/atau penaja, pekerja dan rakan niaga Pembekal tidak boleh turut serta. Pembekal tidak akan melayan apa-apa surat-menyurat tentang keputusan peraduan.

7. DASAR PRIVASI DAN PEMPROSESAN DATA

Pembekal memberikan keutamaan yang tinggi kepada privasi para penggunanya. Setakat ini kami telah menggubal Dasar Privasi berasingan yang merupakan bahagian penting Syarat-syarat Am dan Khusus dan Peruntukan Tambahan Pembekal. Anda maklum bahawa Pembekal boleh mengumpulkan dan memproses "maklumat peribadi", "maklumat kewangan" atau "maklumat demografi dan penggunaan" ("Maklumat"), yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Kami boleh memberikan Maklumat tersebut kepada pembekal perkhidmatan bergerak anda dan/atau pembekal perkhidmatan laluan untuk mengutip yuran, dan Maklumat seperti itu yang dikumpulkan oleh Pembekal mungkin disimpan dan diproses di negara yang menempatkan kemudahan Pembekal atau ejen-ejennya. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengizinkan apa-apa pemindahan Maklumat ke luar negara anda. Dengan menggunakan Perkhidmatan Pembekal, anda menyetujui Dasar Privasi ini, Dasar Hak Cipta dan Syarat-syarat Am dan Khusus. Jika anda tidak dapat menyetujuinya, maka jangan gunakan Perkhidmatan kami. Kami berhak untuk meminda, melanjutkan atau mengehadkan Dasar Privasi ini, Dasar Hak Cipta dan Syarat-syarat Am dan Khusus pada bila-bila masa. Kecuali ditetapkan selainnya dengan nyata, Syarat-syarat Am dan Khusus, Dasar Hak Cipta dan Dasar Privasi dipakai terhadap semua permohonan yang sedia ada dan yang baru yang dirangkumi oleh Perkhidmatan melalui pelanjutannya atau peningkatannya. Oleh itu, selalulah baca halaman-halaman ini.

8. LEPAS TANGGUNGAN

Anda bersetuju untuk melepaskan tanggungan, membela dan memastikan tiada mudarat yang menimpa Pembekal dan syarikat induknya, ahlinya, anak syarikatnya, rakan sekutunya, pembekal perkhidmatannya, kontraktornya, ejennya, pengeluar lesennya, pegawainya, pengarahnya, pemegang sahamnya, dan pekerja-pekerjanya daripada dan terhadap apa-apa dan semua dakwaan, tuntutan mahkamah, permintaan, tindakan atau prosiding lain yang dibuat terhadapnya oleh mana-mana pihak ketiga akibat, berpunca daripada atau berkaitan dengan (i) penggunaan Perkhidmatan oleh anda, kandungan, muat turun, Perisian dan Tapak-tapak, termasuk tanpa had, muat turun anda dari Tapak-tapak, (ii) pelanggaran Syarat-syarat Am dan Khusus ini atau (iii) pelanggaran apa-apa undang-undang, peraturan atau hak pihak ketiga. Anda akan membayar apa-apa dan semua kos, ganti rugi dan belanja, termasuk tanpa had, yuran peguam dan kos yang munasabah, yang dikenakan kepada Pembekal atau yang tertanggung oleh Pembekal dengan cara lain, berkaitan dengan atau berpunca daripada apa-apa dakwaan, tuntutan mahkamah, tindakan, permintaan atau prosiding lain seumpamanya.

9. PENGGUNAAN, PENYIMPANAN, PENGAWASAN DAN PEMBUANGAN MAKLUMAT

Kami berhak untuk mengawasi semua iklan, mesej teks, siaran awam dan mesej untuk memastikan ia mematuhi garis panduan kandungan yang mungkin dipakai dari masa ke masa. Walaupun kami tidak akan dan tidak boleh menyemak semula semua mesej yang dihantar oleh pengguna Perkhidmatan, dan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kandungan mesej-mesej ini, kami berhak, tetapi tidak berkewajipan, untuk menghapuskan atau mengalihkan kandungan, termasuk tanpa had, profil, siaran awam dan mesej (teks), yang kami, atas budi bicara kami semata-mata, anggap melanggar Syarat-syarat Am dan Khusus ini atau mana-mana garis panduan kandungan yang dipakai, atau yang tidak boleh diterima dengan cara lain. Anda akan tetap bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan profil, siaran awam dan mesej (teks) yang mungkin anda rakamkan kepada Perkhidmatan atau hantarkan kepada pengguna lain Perkhidmatan. Jika anda fikir sesuatu siaran di Tapak(-tapak) melanggar hak cipta anda, sila lihat Dasar Hak Cipta kami di sini. Semua mesej teks ditapis dan kandungan dewasa yang lucah akan dikeluarkan, kecuali dinyatakan selainnya. Pengguna yang tidak sesuai akan dilarang daripada menyertai. Pembekal berhak untuk menutup akaun yang tidak aktif bagi tempoh masa yang lama. Anda bersetuju bahawa Pembekal tidak berkewajipan atau bertanggungjawab jika data yang dikirimkan atau dihantarkan oleh atau melalui Perkhidmatan tidak disimpan atau disalah hapuskan.

10. PEMBATALAN DAN PENAMATAN

Pembekal memberikan pengguna kemungkinan untuk mengganggu aliran maklumat yang diterima melalui perkhidmatan SMS. Kami memberikan anda maklumat di Tapak-tapak yang sepadan dengan Perkhidmatan dan/atau melalui perkhidmatan SMS. Juga, dalam mesej alu-aluan percuma daripada Pembekal, anda akan menemui maklumat tentang cara membatalkan Perkhidmatan. Pada amnya, maklumat yang diterima melalui perkhidmatan SMS boleh diganggu dengan menghantar mesej SMS yang bermula dengan kata kunci, iaitu kod kemasukan anda, diikuti ruang, kemudian perkataan STOP, atau data lain seumpamanya yang mungkin ditentukan di Tapak-tapak. Anda bolehlah menghantar mesej ini kepada nombor ringkas (kod singkat) yang anda gunakan untuk masuk. Misalnya, anda bolehlah menghantar mesej ZOO STOP (untuk menghentikan perkhidmatan Zoo) kepada kod singkat yang berkenaan dan pembatalan akan berkuat kuasa sebaik sahaja permohonan penamatan diterima. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat Syarat-syarat Khusus, halaman utama Tapak dan/atau klik bendera negara anda. Selain itu, e-mel boleh dihantar ke alamat mel, seperti yang diberitahu kepada anda di Tapak-tapak dan /atau melalui Perkhidmatan kami, atau nombor telefon yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus boleh dihubungi. Dalam keadaan ini, pembatalan berkuat kuasa dalam masa 48 jam selepas permohonan penamatan diterima. Caj mungkin masih akan ada dalam bil telefon bimbit anda bagi bulan yang berikutnya sebagai bil pembekal perkhidmatan bergerak secara retrospektif. Atas budi bicaranya sendiri, Pembekal boleh, tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada anda, menggantung atau menamatkan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, dan memusnahkan dan mengeluarkan Maklumat Berdaftar dalam Perkhidmatan atas apa-apa sebab. Anda bersetuju bahawa Pembekal boleh memadamkan atau menyahaktifkan akaun anda dan semua maklumat yang berkaitan dengannya serta apa-apa senarai atau fail yang terkandung di dalamnya tanpa tangguh, dan/atau menghalang anda daripada mengakses Perkhidmatan lagi.

11. TRANSAKSI DENGAN PENGIKLAN DAN/ATAU PENAJA

Kami mungkin menggunakan pengiklan dan jurupromosi untuk membantu mengimbangi kos Perkhidmatan kami. Sebagai satu syarat untuk menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju bahawa kami boleh memaparkan iklan dan promosi lain di Tapak-tapak kami dan menghantar iklan dan promosi melalui perkhidmatan SMS atau dengan cara lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan cuba menghalang atau mengganggu dengan cara lain, iklan atau promosi seperti itu. BEBERAPA BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN KAMI MENGHANTAR IKLAN MESEJ TEKS TANPA KEIZINAN YANG NYATA DARIPADA ANDA, MAKA KENYATAAN SEBELUM INI MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. Kami tidak akan memberikan butir-butir peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa keizinan anda. Apa-apa iklan atau promosi yang dimuatkan di Tapak-tapak kami atau dalam Perkhidmatan kami tidak menunjukkan sokongan Pembekal terhadap kandungan, produk, perkhidmatan atau syarikat berkenaan. Kami cuba memastikan bahawa apa-apa iklan atau promosi sesuai bagi pengguna kami. Anda berhak untuk meminta kami pada bila-bila masa untuk tidak menghubungi anda dengan cara pemasaran langsung. Pembekal tidak akan melibatkan diri, atau bertanggungjawab dengan apa-apa cara pun, terhadap apa-apa transaksi berkaitan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga itu atau terhadap apa-apa kandungan atau maklumat yang disampaikan berhubung apa-apa produk atau perkhidmatan pihak ketiga. Anda bersetuju bahawa pembekal tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa jenis kerosakan yang mungkin menjadi akibat transaksi seumpama itu.

12. HAK HARTA INTELEKTUAL

Anda tahu dan bersetuju bahawa kandungan dan perisian yang digunakan berhubung Perkhidmatan, yang selepas ini disebut Perisian, mengandungi maklumat sulit yang dilindungi oleh hak harta intelektual yang sah dan dipakai. Kecuali dinyatakan selainnya dalam dokumen ini, semua hak, hak milik dan faedah dalam atau terhadap apa-apa harta intelektual, hak proprietari atau hak lain yang berkaitan dengan harta yang tidak ketara yang digunakan, dicipta, mengandungi, terkandung dalam, atau diamalkan berhubung mana-mana Perkhidmatan ("Hak Harta Intelektual") dimiliki oleh Pembekal atau pengeluar lesennya, dan anda bersetuju untuk tidak membuat tuntutan faedah atau pemilikan terhadap mana-mana Hak Harta Intelektual itu. Anda maklum bahawa hak milik terhadap mana-mana Hak Harta Intelektual tidak akan dipindahkan kepada anda, dan bahawa anda tidak mendapat apa-apa hak, yang nyata atau yang tersirat, dalam Perkhidmatan, selain hak yang diberikan dengan nyata kepada anda dalam Syarat-syarat Am dan Khusus ini. "Hak Harta Intelektual" ertinya apa-apa dan semua hak di bawah undang-undang paten, undang-undang hak cipta, undang-undang rahsia perdagangan, undang-undang tanda dagang, dan apa-apa dan semua hak proprietari yang lain, dan apa-apa dan semua aplikasi, pembaharuannya, lanjutannya dan pemulihannya, yang berkuat kuasa dan dilaksanakan di seluruh dunia pada masa ini atau selepas ini. Anda maklum bahawa semua tanda yang muncul di seluruh Perisian dan Tapak-tapak adalah kepunyaan Pembekal, atau pemilik tanda-tanda tersebut masing-masing, dan dilindungi oleh undang-undang tanda dagang dan hak cipta domestik dan antarabangsa. Apa-apa penggunaan mana-mana tanda yang muncul di seluruh Perisian dan Tapak-tapak tanpa keizinan bertulis yang nyata daripada Pembekal atau pemilik tanda itu, seperti yang sepatutnya, dilarang sama sekali. ‘Blinck’ adalah tanda dagang Pembekal. Selanjutnya, anda tahu dan bersetuju bahawa data dalam iklan daripada pengiklan dan/atau penaja atau maklumat yang diberikan kepada anda melalui Perkhidmatan semuanya tertakluk kepada undang-undang hak cipta, tanda dagang, jenama, paten atau hak dan undang-undang harta yang lain. Anda menjamin bahawa anda tidak akan meminda, menyewa daripada, menyewa kepada, meminjam kepada, memajak, meminjam daripada, menjual, mengedarkan, mencipta atau menghasilkan kandungan atau produk yang diperoleh sebahagiannya atau seluruhnya daripada Perkhidmatan atau Perisian kecuali jika Pembekal telah memberikan keizinan bertulis yang nyata kepada anda untuk berbuat demikian. Dengan ini Pembekal memberi anda, dan dengan ini anda menerima, lesen peribadi yang terhad, tidak boleh dipindah milik, tidak eksklusif, boleh ditarik balik dan tidak boleh  diserahkan kepada pihak lain, dan keizinan untuk memasang Perisian dan memuat turun kandungan, untuk menggunakan kod kerja Perisian untuk menggunakan Perkhidmatan pada peranti bergerak yang serasi dan yang ditentukan, hanya bagi kegunaan bukan perdagangan anda sendiri dan untuk menggunakan Perisian dan Tapak-tapak hanya menurut Syarat-syarat Am dan Khusus ini, selagi anda tidak menyalin, mengubah atau meminda mana-mana Perisian, kod sumber atau kandungan, mengeluarkan semula, mengubahsuaikan, melaksanakan, memindahkan, mengedarkan, menjual, menjual semula, mencipta produk atau kandungan terbitan daripadanya, membina akas atau memasang akas, atau cuba untuk mendapatkan kod sumber dengan cara lain (mahupun membenarkan pihak ketiga untuk berbuat demikian), menggunakan atau menyediakan Perisian dan kandungan kecuali diperuntukkan dengan nyata dalam Syarat-syarat Am dan Khusus ini, dan dengan syarat anda tidak menjual apa-apa hak yang berkaitan dengan kandungan, Perisian dan Hak Harta Intelektual, mengekodkannya, mengeluarkan sublesen baginya, membebaninya dengan hak keselamatan atau memindahkannya dengan cara lain. Anda menjamin bahawa anda tidak akan meminda kandungan, Perisian dan Hak Harta Intelektual dengan apa-apa cara atau menggunakan versi Perisian dan Hak Harta Intelektual yang telah dipinda, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) untuk mendapat akses tanpa izin kepada Perkhidmatan. Anda menjamin bahawa anda hanya akan menggunakan antara muka yang disediakan oleh Pembekal untuk mengakses Perkhidmatan. Dengan ini Pembekal memberikan izin untuk membuat hanya satu salinan Maklumat pada kelengkapan yang anda gunakan untuk mendapatkan akses kepada Perkhidmatan dan untuk menggunakan dan memaparkan salinan Maklumat Berdaftar yang dibuat pada kelengkapan tersebut bagi tujuan peribadi.

13. TIADA WARANTI

PEMBEKAL, PENGARAHNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, PEMBEKALNYA DAN EJENNYA (“PIHAK-PIHAK PEMBEKAL”) MENOLAK TUNTUTAN TERHADAP APA-APA TANGGUNGJAWAB BAGI APA-APA MUDARAT YANG TERHASIL AKIBAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN INI DAN TAPAK-TAPAK OLEH ANDA. ANDA DENGAN NYATA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA:

a. PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK DISEDIAKAN ATAS DASAR "SEPERTI SEADANYA" DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA” TANPA WARANTI SAMA SEKALI. PIHAK-PIHAK PEMBEKAL DENGAN NYATA MENOLAK TUNTUTAN SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, TERHADAP SEMUA WARANTI, SAMA ADA YANG NYATA, TERSIRAT, BERKANUN ATAU SELAINNYA, BERHUBUNG PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK, TERMASUK TANPA HAD, WARANTI HAK MILIK YANG TERSIRAT, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU, DAN KETIDAKCABULAN HAK PROPRIETARI;

b. PIHAK-PIHAK PEMBEKAL MENOLAK TUNTUTAN TERHADAP APA-APA WARANTI BERHUBUNG KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, GARIS MASA DAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK. PIHAK-PIHAK PEMBEKAL TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU BAHAWA PENGENDALIAN PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK TIDAK AKAN TERGANGGU DAN BEBAS DARIPADA KESILAPAN;

c. APA-APA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA PEROLEH DARIPADA KAMI ATAU MELALUI PERKHIDMATAN KAMI, TIDAK AKAN MENIMBULKAN APA-APA WARANTI YANG TIDAK DISEBUT DENGAN NYATA DI SINI. ANDA TIDAK BOLEH BERGANTUNG PADA APA-APA MAKLUMAT ATAU NASIHAT SEPERTI ITU;

d. ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA ANDA MEMUAT TURUN DAN/ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK ATAS BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI DAN BAHAWA ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP APA-APA KEROSAKAN PADA SISTEM KOMPUTER ANDA, TELEFON BIMBIT ANDA ATAU KEHILANGAN DATA AKIBAT MUAT TURUN TERSEBUT ATAU PENGGUNAAN KANDUNGAN, PERISIAN INI DAN TAPAK-TAPAK;

e. BERHUBUNG PERKHIDMATAN SEMBANG: PERKHIDMATAN KANDUNGAN TELEFON BIMBIT, IAITU PERKHIDMATAN SMS, DISEDIAKAN BAGI TUJUAN HIBURAN SAHAJA; IMEJ ORANG YANG DITUNJUKKAN DALAM TELEVISYEN, DI TAPAK-TAPAK DAN/ATAU TELEFON BIMBIT ADALAH BAGI TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA. MEREKA BUKANLAH ORANG SEBENAR YANG MEMBERIKAN PERKHIDMATAN INI KEPADA ANDA.

14. HAD LIABILITI

DALAM APA-APA KEADAAN PUN, TERMASUK KECUAIAN, PIHAK-PIHAK PEMBEKAL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU PIHAK KETIGA, TERHADAP APA-APA GANTI RUGI, TERMASUK TANPA HAD, YANG LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, TELADAN, PUNITIF, PIHAK KETIGA ATAU BERBANGKIT (TERMASUK GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN SEUMPAMANYA) YANG TIMBUL AKIBAT PENGGUNAAN, SALAH GUNA ATAU KETIDAKMAMPUAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK, WALAUPUN JIKA WAKIL PEMBEKAL YANG SAH TELAH DIBERITAHU TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT (TERMASUK GANTI RUGI YANG DITANGGUNG OLEH PIHAK KETIGA). BEBERAPA BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN LIABILITI BAGI GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT DIHADKAN ATAU DIKECUALIKAN, MAKA HAD ATAU KEKECUALIAN SEBELUM INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA. DALAM APA-APA KEADAAN PUN, JUMLAH LIABILITI PIHAK-PIHAK PEMBEKAL KEPADA ANDA BAGI SEMUA GANTI RUGI, KERUGIAN DAN SEBAB TINDAKAN (SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN) ATAU SELAINNYA) TIDAK AKAN MELEBIHI AMAUN YANG ANDA BAYAR UNTUK MENDAFTAR BAGI PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, PERISIAN DAN TAPAK-TAPAK.

15. MAKLUMAT AM

Syarat-syarat Am dan Khusus ini menggantikan semua perjanjian yang lepas antara anda dengan Pembekal. Jika anda menggunakan perkhidmatan, bahan atau perisian tambahan daripada pihak ketiga, syarat-syarat tambahan mungkin dipakai terhadap anda. Undang-undang negara atau negeri kediaman anda dipakai terhadap hubungan antara anda dengan Pembekal, tanpa mengira peruntukan undang-undang antarabangsa yang dipakai. Anda dan Pembekal dengan ini mengetepikan apa-apa hak terhadap pembicaraan mahkamah bagi apa-apa tindakan yang dibuat berhubung Syarat-syarat Am dan Khusus ini. Pemakaian Konvensyen Kontrak Bangsa-bangsa Bersatu bagi Jualan Barangan Antarabangsa dikecualikan dengan nyata. Pertikaian akan dikemukakan untuk penimbangtaraan yang muktamad dan mengikat di bawah peraturan persatuan timbang tara di negara anda. Apa-apa kegagalan Pembekal untuk melaksanakan atau menggunakan hak atau syarat tertentu yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Am dan Khusus ini tidak, dengan apa cara pun, merupakan penepian atau pelepasan hak atau syarat tersebut. Seandainya mana-mana peruntukan Syarat-syarat Am dan Khusus ini ditentukan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah pembicaraan yang berwibawa atau penimbang tara yang dilantik, penentuan ini tidak akan menjejaskan kesahihan atau kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan lain di sini dalam apa cara pun. Kegagalan kami untuk melaksanakan hak yang diberikan kepada kami di sini apabila berlaku apa-apa pelanggaran yang dinyatakan dalam Perjanjian ini tidak merupakan penepian hak tersebut sekiranya berlaku lagi pelanggaran seperti itu. Tajuk bahagian yang muncul dalam Syarat-syarat Am dan Khusus ini diberikan hanya sebagai kemudahan dan tidak, dengan apa cara pun, mentakrifkan, mengehadkan, mentafsirkan atau menerangkan skop atau takat bahagian tersebut atau menjejaskan bahagian tersebut dengan apa cara pun.