DASAR PRIVASI

Tapak web dan tapak wap ini ("Tapak-tapak") dimiliki dan dikendalikan oleh Pembekal ("kami"). Dengan menggunakan Tapak-tapak dan Perkhidmatan (ditakrifkan di bawah), anda mengizinkan pengumpulan dan penggunaan maklumat anda oleh kami, selaras dengan Dasar Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, maka jangan gunakan perkhidmatan yang disediakan melalui internet, Tapak-tapak atau perkhidmatan mesej singkat hiburan dan maklumat dalam talian dan bergerak oleh Pembekal ("Perkhidmatan"). Dasar Privasi ini dipakai terhadap penggunaan Tapak-tapak dan Perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kemudahan baru yang merupakan pelanjutan atau peningkatan Perkhidmatan, seperti pelepasan fungsi-fungsi baru.

Perubahan Dasar Privasi

Kami berhak untuk mengubah syarat-syarat Dasar Privasi ini. Oleh sebab apa-apa perubahan akan disiarkan di halaman ini, kami galakkan anda supaya selalu menyemak halaman ini. Penggunaan Perkhidmatan oleh anda secara berterusan berikutan apa-apa perubahan pada Dasar Privasi  ini menandakan anda menerima perubahan-perubahan ini.

Terjemahan daripada Dokumen Asal

Syarat-syarat Am dan Khusus (termasuk Dasar Privasi ini) dan Peruntukan Tambahan merupakan terjemahan Dokumen Asal (bahasa Inggeris) kepada bahasa kebangsaan anda. Seandainya terdapat perbezaan antara dokumen yang telah diterjemahkan dengan Dokumen Asal dan dalam kes apa-apa pertikaian, Dokumen Asal akan mengatasi. Sila lihat Dokumen Asal di Tapak-tapak.

Maklumat yang Kami Kumpulkan

Kami mengumpulkan dan memproses "maklumat peribadi" (iaitu maklumat yang boleh digunakan untuk menghubungi anda, seperti nama penuh, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, MSISDN (mobile station integrated services digital network number), "maklumat kewangan" (iaitu nombor kad kredit, maklumat akaun bank atau kata laluan) atau "maklumat demografi dan penggunaan" (iaitu maklumat yang anda hantar, atau yang kami kumpulkan, yang bukannya maklumat peribadi mahupun maklumat kewangan tetapi diperlukan bagi pengendalian dan pengebilan Perkhidmatan kami dengan betul, seperti tarikh mula dan akhir dan takat penggunaan Perkhidmatan oleh anda, jenis penyemak imbas yang anda gunakan, pola pelayaran web dan alamat IP), yang berkaitan dengan Perkhidmatan. Kami mungkin memberikan maklumat peribadi, maklumat kewangan dan/atau maklumat demografi dan penggunaan anda ("Maklumat"), kepada pembekal perkhidmatan bergerak anda untuk memudahkan pengutipan yuran dan maklumat ini yang dikumpulkan oleh Pembekal mungkin disimpan dan diproses di negara yang menempatkan kemudahan Pembekal atau ejennya. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengizinkan apa-apa pemindahan Maklumat ke luar negara anda. Pembekal mungkin menyimpan Maklumat kecuali dilarang oleh undang-undang atau kontrak.

Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda

Pembekal memberi anda koleksi luas hiburan dalam talian dan bergerak, dan kandungan bermaklumat melalui Perkhidmatan. Kami akan menggunakan maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda untuk memberikan Perkhidmatan dan bagi perkhidmatan pelanggan. Maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda digunakan oleh kami untuk menjawab permintaan anda, memproses transaksi anda bagi Perkhidmatan, dan menghantar anda maklumat tentang manfaat, peningkatan dan promosi Perkhidmatan melalui mesej teks.  Kami boleh menggunakan maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda, kecuali anda memberitahu kami supaya tidak berbuat demikian, untuk menghubungi anda tentang program, produk, ciri atau perkhidmatan yang kami percaya mungkin anda minati (seperti bahan promosi akan datang), atau bagi tujuan lain yang diumumkan dari masa ke masa. Kami juga boleh menggunakan maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda untuk menghubungi anda mengenai penggunaan Tapak-tapak dan/atau Perkhidmatan oleh anda, atau tentang perubahan Dasar Privasi, Syarat-syarat Am, Syarat-syarat Khusus, atau dasar atau syarat lain yang mempengaruhi anda dan penggunaan Tapak-tapak dan/atau Perkhidmatan oleh anda. Selain itu, kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan tentang anda untuk memperbaik kandungan dan pemanduan arah di Tapak-tapak kami, atau bagi tujuan dalaman yang lain.


Selain pembekal perkhidmatan dan kontraktor pihak ketiga kami yang dinyatakan di sini, kami juga mungkin berkongsi maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda dengan pakar pemasaran dan rakan niaga pihak ketiga lain yang mungkin menghubungi anda berhubung produk dan perkhidmatan mereka, dan yang mungkin ingin menawarkan anda peluang untuk membeli produk atau perkhidmatan yang kami percaya mungkin anda minati. BEBERAPA BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN KAMI MENGHANTAR IKLAN MESEJ TEKS TANPA KEIZINAN YANG NYATA DARIPADA ANDA, MAKA KENYATAAN SEBELUM INI MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

Jika anda tidak mahukan kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pakar pemasaran dan rakan niaga pihak ketiga tersebut bagi tujuan pemasaran, nyatakan bahawa kami tidak boleh berbuat demikian semasa anda memberikan maklumat peribadi anda. Jika anda kemudiannya berubah fikiran, anda boleh menghantar e-mel ke alamat yang diberitahu kepada anda di Tapak-tapak dan/atau melalui Perkhidmatan kami. Nombor telefon yang anda boleh dapati dalam Syarat-syarat Khusus juga boleh dihubungi dan kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda lagi dengan pihak ketiga ini. Sila maklum bahawa penghapusan maklumat peribadi anda atau perubahan keutamaan anda mungkin tidak akan berlaku serta-merta dan akan berkuat kuasa bagi tujuan mengendalikan komunikasi pada masa akan datang sahaja.


Kami menggunakan maklumat yang tidak boleh mengenal pasti diri anda bagi tujuan dalaman dan untuk membantu kami memberikan Perkhidmatan dan berinteraksi dengan pelawat ke Tapak-tapak. Kami juga mungkin memberikan maklumat yang tidak boleh mengenal pasti diri anda dalam bentuk agregat dengan pihak ketiga untuk menunjukkan trend dan pola. Kami juga mungkin menggunakan maklumat yang tidak boleh mengenal pasti diri anda untuk mengubah dan menyesuaikan kandungan Perkhidmatan khas bagi anda dan menghantar anda iklan tersasar berdasarkan gelintaran kata kunci. Kami juga mungkin menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan dengan pihak ketiga atau maklumat yang tersedia secara awam.

Apabila anda mendaftarkan diri bagi Perkhidmatan atau menggunakan ciri-ciri lain Perkhidmatan, kami mengumpulkan nombor telefon bimbit anda dan identiti pembekal perkhidmatan telefon bimbit anda. Caj Perkhidmatan akan dibilkan terus ke akaun perkhidmatan telefon bimbit anda. Dengan membeli Perkhidmatan, anda mengizinkan kami untuk memberikan nombor telefon bimbit anda kepada pembekal perkhidmatan kami dan kepada pihak ketiga sedemikian yang kami rasa perlu untuk memproses transaksi anda. Pihak ketiga ini mungkin termasuk pembekal perkhidmatan bergerak yang digunakan untuk memproses transaksi tersebut.


Kami mungkin menggunakan kontraktor pihak ketiga untuk membantu kami mengendalikan perniagaan kami, Perkhidmatan dan menjalankan kegiatan pentadbir bagi pihak kami, seperti kebenaran transaksi bil telefon bimbit, dan mungkin berkongsi maklumat anda dengan kontraktor ini bagi tujuan terhad itu.


Jika Pembekal dijual kepada, atau bergabung dengan, syarikat lain, atau mengisytiharkan dirinya muflis, sebahagian atau semua maklumat yang dikumpulkan daripada anda mungkin dipindahkan kepada pihak ketiga sebagai hasil pemindahan aset atau kejadian muflis. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat anda apabila kami menentukan bahawa ini perlu untuk mematuhi undang-undang yang dipakai atau melindungi kepentingan atau keselamatan Pembekal atau pengguna Perkhidmatan.

Cookie

Untuk memperkaya pengalaman anda di tapak web kami, kami mungkin menggunakan “cookie” di tapak web tersebut. Cookie adalah pengenal pasti alfanumerik yang kami pindahkan ke pemacu keras komputer anda melalui penyemak imbas Web anda untuk membolehkan sistem kami mengenali penyemak imbas anda dan untuk memberikan ciri-ciri. Cookie, secara bersendirian, tidak memberitahu kami alamat e-mel anda atau maklumat lain yang boleh mengenal pasti diri anda, melainkan anda memilih untuk memberikan maklumat ini kepada kami, misalnya dengan mendaftar di Tapak-tapak kami. Walau bagaimanapun, setelah anda menjadi pelanggan dan mengisi Tapak-tapak dengan maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda, maklumat ini mungkin dipaut kepada data yang tersimpan di dalam cookie.

Kami menggunakan cookie untuk memahami penggunaan Tapak-tapak dan untuk memperbaik kandungan dan tawaran di Tapak-tapak kami. Misalnya, kami mungkin menggunakan cookie untuk menyesuaikan pengalaman anda di tapak web atau tapak wap kami (seperti untuk mengenali anda apabila anda kembali ke Tapak kami). Anda boleh melaraskan penyemak imbas anda untuk menolak cookie daripada kami atau daripada mana-mana tapak web atau tapak wap yang lain. Sila rujuk bahagian "Bantuan” penyemak imbas anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ruangan tertentu di Tapak-tapak kami hanya boleh diakses dengan menggunakan cookie atau peranti seumpamanya dan anda harus sedar bahawa dengan melumpuhkan cookie atau peranti seumpamanya, anda mungkin tidak dapat mengakses sesetengah kandungan kami.

Orang Dewasa Sahaja

Perkhidmatan mahupun Tapak-tapak tidak dimaksudkan bagi penggunaan kanak-kanak. Kami tidak akan secara sedar mengumpulkan apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti diri seseorang daripada pengguna yang belum mencapai umur yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus.

Pautan

Tapak-tapak mungkin mempunyai pautan ke tapak web atau tapak wap yang lain. Pembekal tidak mengawal tapak web dan tapak wap sedemikian dan tidak bertanggungjawab atau berkewajipan terhadap ketersediaannya atau terhadap kandungan, iklan, produk atau bahan lain yang terkandung dalam tapak-tapak sedemikian. Pembekal tidak bertanggungjawab atau berkewajipan, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa ganti rugi atau kerugian yang ditanggung atau dialami oleh mana-mana pengguna dalam hal ini.  Akses dan penggunaan tapak yang terpaut, termasuk kandungannya, adalah atas risiko anda sepenuhnya.

Keselamatan

Melindungi maklumat anda adalah penting bagi kami. Kami menggunakan teknologi piawai industri untuk memelihara keselamatan maklumat anda. Malangnya, penghantaran data melalui Internet dan melalui rangkaian komunikasi bergerak tidak boleh dijamin selamat 100%. Hasilnya, walaupun kami komited untuk melindungi maklumat anda, kami tidak dapat memastikan mahupun menjamin keselamatan mana-mana maklumat yang anda hantar kepada kami atau melalui kami.

Mengakses Maklumat Anda

Pembekal memberi anda peluang untuk menyemak semula dan mengeluarkan maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami atau mengubah keutamaan anda. Anda boleh menghantar e-mel ke alamat yang boleh anda dapati di Tapak-tapak dan/atau melalui Perkhidmatan kami atau anda boleh menghubungi kami melalui nombor telefon yang boleh anda dapati dalam Syarat-syarat Khusus dan menyatakan sama ada anda mahu maklumat anda dikeluarkan dari pangkalan data kami, jika anda ingin dikecualikan daripada komunikasi pakar pemasaran atau rakan niaga pihak ketiga. Dengan menghapuskan maklumat anda atau mengecualikan diri daripada menerima komunikasi Pembekal atau pihak ketiga, hanya data di dalam pangkalan data kami bagi tujuan mengendalikan komunikasi akan datang daripada Pembekal dan pihak ketiga akan dihapuskan. Penghapusan ini tidak akan menghapuskan maklumat yang sudah dikumpulkan dan yang mungkin sudah pun dikongsi dengan pihak ketiga, semuanya seperti yang diperuntukkan sebelum ini dalam Dasar Privasi ini. Anda perlu menghubungi pihak ketiga yang mungkin menghubungi anda secara langsung untuk menghapuskan maklumat peribadi anda yang mungkin mereka gunakan untuk menghubungi anda.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami jika anda ada apa-apa pertanyaan atau komen berkaitan Dasar Privasi kami. Dasar Privasi ini dikemaskinikan pada bulan September 2006.