DASAR HAK CIPTA

Pembekal (“kami”) menghormati hak harta intelektual pihak lain, dan kami meminta agar para pengguna kami turut berbuat demikian. Pembekal boleh, dalam keadaan yang sesuai dan atas budi bicaranya, melumpuhkan dan/atau menamatkan akaun pengguna yang mungkin melanggar hak harta intelektual pihak lain seperti yang diperihalkan dengan lebih terperinci dalam Syarat-syarat Am dan Khas.

Kami berhak untuk mengubah syarat-syarat Dasar Hak Cipta ini. Oleh sebab apa-apa perubahan akan disiarkan di halaman ini, kami galakkan anda supaya selalu menyemak halaman ini. Penggunaan Perkhidmatan oleh anda secara berterusan berikutan apa-apa perubahan pada Dasar Hak Cipta ini menandakan anda menerima perubahan-perubahan ini.

Syarat-syarat Am dan Khusus (termasuk Dasar Hak Cipta ini) dan Peruntukan Tambahan merupakan terjemahan Dokumen Asal (bahasa Inggeris) kepada bahasa kebangsaan anda. Seandainya terdapat perbezaan antara dokumen yang telah diterjemahkan dengan Dokumen Asal dan dalam kes apa-apa pertikaian, Dokumen Asal akan mengatasi. Sila lihat Dokumen Asal di Tapak-tapak.

Jika anda percaya bahawa kerja anda telah disalin, dianiaya atau dipaparkan di tapak web atau tapak wap ini (“Tapak-tapak”) dengan cara lain yang melanggar hak cipta, atau hak harta intelektual anda telah dicabuli dengan cara yang lain, sila beri ejen Pembekal (“Ejen Hak Cipta”) notis dakwaan pelanggaran hak cipta atau pelanggaran harta intelektual lain dengan maklumat yang berikut:

  1. tandatangan elektronik atau fizikal orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta atau kepentingan harta intelektual yang lain;
  2. keterangan kerja atau harta intelektual lain yang anda dakwa telah dicabuli hak ciptanya;
  3. keterangan bahan yang anda dakwa melanggar harta intelektual dan lokasi bahan tersebut;
  4. alamat, nombor telefon, dan alamat e-mel anda;
  5. kenyataan daripada anda bahawa anda percaya dengan niat yang baik, bahawa penggunaan yang dipertikaikan itu tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta atau harta intelektual, ejennya, atau undang-undang;
  6. kenyataan daripada anda, yang dibuat di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat dalam Notis anda adalah tepat dan bahawa anda adalah pemilik hak cipta atau harta intelektual atau anda telah diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta atau harta intelektual itu.

Ejen Hak Cipta Pembekal boleh dihubungi melalui e-mel, yang boleh anda dapati alamatnya di Tapak-tapak dan/atau melalui Perkhidmatan kami dan melalui telefon, yang boleh anda dapati nombornya dalam Syarat-syarat Khusus. Selain itu, Ejen Hak Cipta boleh dihubungi di alamat Pembekal, seperti yang diperihalkan dalam Syarat-syarat Khusus.

Jika Pembekal menerima pemberitahuan seperti ini, Pembekal berhak untuk enggan menerima atau menghapuskan kandungan yang didakwa melanggar itu. Selepas menerima notis pelanggaran yang mematuhi atau bertepatan dengan Undang-undang Hak Cipta yang dipakai di negara anda, Pembekal akan bertindak dengan segera untuk mengeluarkan atau melumpuhkan akses kepada mana-mana kandungan yang didakwa melanggar atau didakwa menjadi subjek kegiatan pelanggaran. Pembekal akan mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk segera memberitahu pengguna yang telah mencipta atau menyiarkan kandungan yang berkenaan itu bahawa ia telah dikeluarkan atau dilumpuhkan akses kepadanya.

Mana-mana pengguna yang telah dikeluarkan atau dilumpuhkan kandungannya selaras dengan dasar ini boleh memberi Pembekal pemberitahuan balas di bawah Undang-undang Hak Cipta. Pemberitahuan balas sedemikian mestilah diberikan secara bertulis kepada Ejen Hak Cipta kami di alamat yang disenaraikan di atas dan mestilah mengandungi:

  1. tandatangan elektronik atau fizikal pengguna;
  2. pengenalpastian kandungan yang telah dikeluarkan atau yang telah dilumpuhkan akses kepadanya, dan lokasi munculnya bahan tersebut sebelum ia dikeluarkan atau dilumpuhkan, termasuk URLnya (Uniform Resource Locator) yang lengkap;
  3. kenyataan di bawah penalti sumpah bohong bahawa anda percaya dengan niat yang baik, bahawa bahan itu telah dikeluarkan atau dilumpuhkan disebabkan kesilapan atau salah kenal pasti bahan yang sepatutnya dikeluarkan atau dilumpuhkan;
  4. nama, alamat dan nombor telefon pengguna, dan kenyataan bahawa pengguna mengizinkan pembicaraan persatuan timbang tara di negara anda dan bahawa anda akan menerima perjalanan proses daripada orang yang memberikan pemberitahuan pelanggaran yang pertama.

Selepas menerima pemberitahuan balas yang betul di bawah undang-undang hak cipta negara anda, Pembekal dengan serta-merta akan memberi orang yang memberikan pemberitahuan pertama tentang pelanggaran yang didakwa itu, satu salinan pemberitahuan balas dan memberitahu orang tersebut bahawa ia akan menggantikan kandungan yang dikeluarkan atau menamatkan pelumpuhan akses kepadanya, dalam masa sepuluh (10) hingga empat belas (14) hari kerja. Selain itu, Pembekal akan menggantikan kandungan yang dikeluarkan itu atau menamatkan pelumpuhan akses kepadanya, dalam masa sepuluh (10) hingga empat belas (14) hari kerja berikutan penerimaan notis balas, melainkan Ejen Hak Cipta Pembekal yang dilantik terlebih dahulu menerima notis daripada orang yang memberikan pemberitahuan pertama, bahawa orang tersebut telah memfailkan tindakan untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang pengguna tersebut daripada melakukan kegiatan pelanggaran bagi kandungan Tapak-tapak atau pelayan Pembekal.